Ekonomi EU Mungkin Parah Jika Rusia Potong Bekalan Gas

229

Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa pemberhentian bekalan gas Rusia ke blok itu berpotensi mengurangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.5% jika mereka gagal mengambil langkah pencegahan untuk menjimatkan tenaga menjelang musim sejuk akan datang.

Menurut draf yang dilihat oleh Financial Times, Suruhanjaya Eropah kini merancang untuk memberitahu ahli EU supaya mengurangkan penggunan gas dengan segera.

Suruhanjaya Eropah sedang merancang satu set cadangan kepada negara anggota, termasuk pengurangan penggunaan pemanasan dan penyejukan serta beberapa langkah berasaskan pasaran.

Tindak balas yang diselaraskan EU sebelum musim sejuk dan kesepakatan antara negara anggota akan mengehadkan kesan negatif ke atas KDNK dan pekerjaan daripada gangguan besar oleh Rusia.

Langkah ini dibuat selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa usaha untuk mencari alternatif lain selain gas Rusia tidak mencukupi dan Eropah perlu mencatu tenaga melainkan permintaan dihadkan untuk membolehkan kemudahan penyimpanan diisi menjelang musim sejuk.

Sejak sebulan lalu, Rusia telah mengurangkan kapasiti saluran paip utama ke Jerman dan IEA bimbang akan berlaku pemotongan selanjutnya, dengan mengatakan Eropah kini berdepan ‘red alert’ dan penjimatan yang ketara diperlukan untuk menghadapi musim sejuk yang sukar di hadapan.

Sementara itu, syarikat tenaga gergasi Rusia telah mengisytiharkan force majeure ke atas bekalan dan berkata ia tidak dapat memenuhi kewajipan pembekalannya disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka.

Hal ini bakal meningkatkan lagi tekanan ke atas Eropah untuk mempersiapkan diri dengan kemungkinan pengurangan oleh Rusia pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat