Ekonomi Global Dijangka Suram, Ini Unjuran Terbaru Dari Bank Dunia Bagi Tahun 2022!

1,665

Terkini, Bank Dunia terpaksa mencantas unjuran pertumbuhan globalnya bagi tahun 2022 hampir 1%, iaitu daripada 4.1% kepada 3.2$ berikutan kesan daripada konflik antara Rusia dan Ukraine.

Presiden Bank Dunia David Malpass pada Isnin menyatakan bahawa Bank Dunia memilih untuk bertindak balas terhadap tekanan ekonomi tambahan akibat peperangan dengan mencadangkan sasaran pembiayaan krisis 15 bulan baharu sebanyak $170 bilion. Sebanyak $50 bilion akan diberikan pada 3 bulan akan datang.

Malpass berkata komponen terbesar pengurangan unjuran pertumbuhan bank itu ialah penguncupan 4.1% di rantau Eropah dan Asia Tengah yang terdiri daripada Ukraine, Rusia dan negara-negara di sekitar itu. Ramalan pertumbuhan juga sedang dikurangkan untuk negara-negara ekonomi maju dan membangun kerana lonjakan harga makanan dan tenaga yang disebabkan oleh gangguan bekalan berkaitan perang, kata Malpass.

IMF disisi lain dijangka turut akan mengambil langkah yang serupa dengan mengurangkan pertumbuhan globalnya pada hari Selasa.

Menurut Malpass, pihak mereka sedang bersedia untuk tindak balas krisis yang berterusan, memandangkan pelbagai krisis sedang dihadapi. Dalam beberapa minggu akan datang, Bank Dunia akan berbincang mengenai langkah susulan dalam memanfaatkan dana $170 bilion untuk menampung April 2022 hingga Jun 2023.

Pelan ransangan itu susulan daripada program pembiayaan Covid-19 $160 bilion Bank Dunia, yang mana Malpass berkata $157 bilion telah dilaksanakan hingga Jun 2021.

Malpass berkata pembiayaan itu sebahagiannya akan menyokong negara yang telah menerima pelarian dari Ukraine dan juga akan membantu menangani masalah di negara yang terjejas akibat kekurangan makanan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat