Ekonomi Malaysia Tumbuh ‘Cucuk Angkasa’ Dengan GDP Setinggi 14.2%

494

‘Lepasi segala ramalan pasaran, ini pertanda baik ni.’

Keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia meningkat 14.2% tahun ke tahun pada suku ke-3 (Q3) berbanding unjuran pasaran 11.7% dan catatan 8.9% semasa suku sebelumnya.

Pada asas suku tahunan, pertumbuhan Malaysia berkembang 1.9%, dan secara keseluruhan ekonomi negara alami lonjakan 9.3% dari suku pertama tahun 2022.

Digariskan bahawa faktor lonjakan tersebut berlaku ekoran pengukuhan permintaan domestik daripada perkembangan pasaran buruh termasuk sokongan berterusan polisi kerajaan.

Data setiap sektor bagi pengeluaran adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan meningkat 16.7% berbanding 12% dengan sub-sektor seperti dagangan borong dan runcit; pengangkutan dan penyimpanan; serta makanan dan minuman mencapai angka 2 digit.
  • Pembuatan melonjak 12.2% berbanding 9.2% dengan sub-sektor:
    • Barangan elektrik dan elektronik pada 17.3%.
    • Barangan pengangkutan dan pembaikan pada 36.9%.
    • Barangan bukan besi dan besi pada 13.4%.
  • Perlombongan mencanak 9.2% berbanding -0.5% dengan sub-sektor:
    • Minyak mentah dan kondesat pada 2.5%.
  • Pembinaan berkembang 15.3% berbanding 2.4%.
  • Pertanian menokok 1.2% berbanding -2.4%.

Bacaan GDP Malaysia bagi perbelanjaan pula boleh teliti ringkasan di bawah.

  • Perbelanjaan swasta turun 15.1% daripada 18.3%.
  • Perbelanjaan kerajaan naik 4.5% daripada 2.6%.
  • Pelaburan tetap canak 13.1% daripada 5.8%.
  • Eksport lonjak 23.9% daripada 10.4%.
  • Import raih 24.4% daripada 14%.

Dalam pada itu, Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus tidak menolak kemungkinan inflasi negara boleh mencanak 4.5% pada suku ini dengan teras inflasi lonjak 3.7% dari 2.5%.

Rentetan itu, BNM meletakkan unjuran prospek pertumbuhan GDP pada 4% ke 5% pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat