Ekonomi UK Lembap, BOE Berdepan Cabaran Menjelang Mesyuarat Polisi

279

Kelembapan ekonomi UK berterusan pada bulan April dengan kemerosotan paling ketara dalam tempoh setahun, menyebabkan pelabur bimbang bahawa risiko ekonomi akan menguncup pada suku kedua.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan pada hari Isnin bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh sebanyak 0.3% pada April daripada penurunan 0.1% yang dicatatkan bulan sebelumnya. Ia juga meleset dari jangkaan unuk meningkat sebanyak 0.2%.

Antara penyumbang utama kepada kemerosotan ini adalah kejatuhan keluaran perkhidmatan dengan penurunan 5.6% dalam kesihatan manusia dan kerja sosial, di mana terdapat pengurangan ketara dalam aktiviti Ujian dan Pengesanan NHS berikutan tamatnya langkah kawalan Covid-19.

Jika bukan disebabkan penurunan tersebut, ekonomi akan berkembang 0.1% pada bulan April.

Sementara isi rumah pula menunjukkan tanda-tanda lebih berdaya tahan walaupun inflasi melambung tinggi. Industri yang dihadapi pengguna berkembang 2.6% pada bulan itu, diterajui oleh peningkatan kukuh dalam jualan runcit.

Ini menunjukkan bahawa pengguna bertindak balas secara perlahan terhadap kenaikan 54% dalam bil tenaga dan peningkatan cukai gaji kerajaan, menyaksikan isi rumah mengurangkan pembelian barangan yang tidak penting.

Angka-angka yang dicatatkan ini ternyata menimbulkan pelbagai kemungkinan terhadap keputusan Bank Pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat