Ekonomi UK Membimbangkan, Ini Rincian Mengapa Pemain Pasaran Mula Sangsi!

322

Pemulihan ekonomi UK daripada penularan pandemik Covid-19 semakin ketinggalan berbanding dengan negara maju yang lain dalam tempoh suku ketiga berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi. Dalam masa yang sama, UK juga berhadapan dengan dilema untuk menaikkan kadar faedah.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 1.3% iaitu suatu angka pertumbuhan paling lemah sejak UK mengenakan langkah berkurung pada awal tahun 2021. Tinjauan pakar ekonomi Reuters dan Bank Pusat England (BoE) malah meramalkan kenaikan sebanyak 1.5%.

Jabatan Statistik menyatakan ekonomi UK kekal 2.1% lebih kecil berbanding tahun 2019 dan kurang berbanding negara-negara G7 seperti Jerman, Itali dan Perancis.

Disisi lain, Amerika Syarikat berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih besar berbanding sebelum krisis. Kanada dan Jepun, ahli G7 yang lain, masih belum melaporkan data pertumbuhan suku ketiga tetapi telah memperoleh semula lebih banyak pertumbuhan pada suku kedua jika dibandingkan angka yang dicatat UK pada suku ketiga.

Data pada hari Khamis menunjukkan KDNK Britain meningkat sebanyak 0.6% pada September iaitu lebih kukuh daripada ramalan 0.4% namun anggaran untuk bulan sebelumnya disemak lebih rendah.

BoE pada minggu lalu memilih untuk mengekalkan kadar faedah. Ditambah pula pertumbuhan ekonomi baru-baru ini lebih lemah daripada jangkaan maka pasaran buruh akan jadi perhatian utama.

Justeru tidak harian sebahagian penganalisis meragui Bank of England akan menaikkan kadar faedah melebihi 0.50% tahun hadapan.

Data berasingan menunjukkan defisit dagangan Britain dalam barangan meningkat sebanyak 9 bilion paun pada suku ketiga kepada 42.3 bilion paun, didorong oleh peningkatan import dari negara EU dan bukan EU apabila eksport jatuh terutamanya ke negara bukan EU.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat