Ekonomi UK Tepati Jangkaan Pasaran, Catat Pertumbuhan Sifar Pada Suku Akhir 2019

299

Sesi pasaran Eropah hari ini dihiasi oleh beberapa penerbitan data dari Britain, di mana bacaan awal pertumbuhan ekonomi UK bagi suku keempat 2019 tidak berubah iaitu berada di paras 0.0%, seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Bacaan ini telah mendorong lonjakan matawang pound untuk didagangkan di sekitar paras 1.2930 berbanding US dolar.

Sementara itu, pertumbuhan GDP bagi bulan Disember pula berkembang pada 0.3% daripada penguncupan 0.3% yang dialami pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 0.2%.

Data juga menunjukkan perbelanjaan isi rumah iaitu pemacu utama kepada ekonomi Britain, yang mencatatkan kelemahan dalam tempoh 4 tahun.

Bacaan data pengeluaran pembuatan UK pula tersasar dari unjuran pasaran untuk meningkat 0.5%, dengan hanya mencatat kenaikan 0.3% daripada penurunan 1.7% yang dicatatkan sebelum ini.

Dolar euro diniagakan mendatar berbanding US dolar sementara pasaran menantikan ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde dan keterangan Pengerusi Federal Reserve A.S (Fed), Jerome Powell kepada Kongres malam ini.

Matawang Asia, dolar Aussie terus mempamerkan pengukuhan berbanding US sehingga ke sesi Eropah meskipun pasaran masih dibelenggu oleh kebimbangan terhadap impak coronavirus.

Peningkatan ini dipacu oleh laporan keyakinan perniagaan tinjauan Bank Negara Australia (NAB) bagi bulan Januari yang mencatat peningkatan selepas jatuh ke paras terendah 6 setengah tahun pada Disember.

Sentimen berisiko dilihat stabil memandangkan kadar kes jangkitan akibat coronavirus setakat ini mula menunjukkan penurunan, sekali gus mendorong pengurangan permintaan terhadap aset safe-haven yen dan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat