Ekonomi Ukraine Dijangka ‘Runtuh’ Sehingga 45% Tahun Ini – Bank Dunia

7,780

Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah masuk ke bulan kedua sejak Februari lalu.

Laporan terbaru Bank Dunia mendedahkan ekonomi Ukraine berpotensi susut sehingga 45% pada tahun ini akibat pencerobohan ketenteraan Rusia pada 24 Februari.

Pada masa yang sama, negara-negara membangun di rantau Eropah dan Asia Tengah perlu bersiap sedia kerana dijangka akan menanggung impak konflik kedua-dua negara tersebut.

Bagaimanapun, ramalan tersebut bergantung kepada tempoh ketegangan peperangan antara Rusia dengan Ukraine.

Manakala ekonomi Rusia pula berkemungkinan menguncup kira-kira 11%; atau menurut Institute of International Finance mendakwa penguncupan boleh berlaku sehingga 15% ekoran daripada pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Berikut adalah rincian panjang impak peperangan Rusia-Ukraine terhadap ekonomi global:

  • Data jangkaan hasil pengeluaran bagi negara-negara membangun di Eropah dan Asia Tengah boleh diperincikan seperti berikut:
    • Dijangka susut sehingga 4.1% pada 2022, berbeza dengan jangkaan ketika pra-peperangan, hasil pengeluaran dijangka meningkat 3%.
    • Faktor penyusutan dikaitkan dengan impak peperangan dan pandemik COVID-19
    • Jangkaan penguncupan ini dua kali lebih tinggi berbanding pada 2020.
  • Laporan terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendedahkan unjuran ekonomi global pada tahun ini telah diturunkan kepada 4.4% dengan anggaran pada Januari adalah separuh lebih rendah berbanding unjuran Oktober 2021.
    • Faktor ini didorong oleh momentum ekonomi yang sangat lemah di AS dan China ketika inflasi dan harga sumber tenaga meningkat tinggi.
  • National Institute for Economic and Social Research United Kingdom (UK) mendedahkan peperangan Rusia-Ukraine mampu:
    • Mengurangkan keluaran dalam negara kasar global sebanyak 1% (atau $1 trilion) menjelang 2023.
    • Menaikkan lagi inflasi global sehingga 3% pada 2022 dan sekitar dua mata peratusan pada 2023.
  • Belarus, Kyrgyz Republic, Moldova, dan Tajikistan dijangka akan jatuh ke dalam kemelesetan pada tahun ini dengan unjuran pertumbuhan diturunkan ke paras lebih rendah dalam semua aspek ekonomi.
  • Rusia dan Ukraine menyumbang kira-kira 40% aktiviti pengimportan di rantau ini dan kira-kira 75% atau lebih bagi Asia Tengah dan Caucasus Selatan.
  • Rusia – destinasi eksport utama bagi kebanyakan negara dengan rekod pengiriman wang dari Rusia hampir 30% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNKK) bagi beberapa ekonomi Asia Tengah.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat