Ekonomi US Kini Berada Dalam Fasa Kemelesetan Sejak Februari

482

Prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjunam secara mendadak sejak Februari lalu, menamatkan pengembangan ekonomi terpanjang dalam rekod sejarah dan memasuki fasa kemelesetan berikutan dengan pandemik coronavirus.

Jawatankuasa Business Cycle Dating Committee of the National Bureau of Economic Research menyatakan faktor seperti jumlah pengangguran yang tinggi dan penurunan dalam pengeluaran yang meliputi keseluruhan ekonomi negara itu yang memberi isyarat lebih jelas kepada situasi kemelesetan.

Perkara ini sudah dijangka, namun ahli jawatankuasa mengambil tempoh masa agak lama sehingga empat bulan sebelum lebih yakin ekonomi sudah berada dalam tempoh kemelesetan. Seperti penguncupan ekonomi yang berlaku pada 2007, pihak jawatankuasa tidak memberi isyarat kemelesetan melainkan setahun selepas itu.

Penurunan yang mendadak ini juga menimbulkan kebimbangan dalam pasaran. Menurut salah seorang ahli jawatankuasa tersebut menjelaskan bahawa pengisytiharan kemelesetan memerlukan pertimbangan terhadap penguncupan, tempoh masa dan adakah penurunan ekonomi berlaku secara meluas.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi A.S mencatatkan penurunan pada kadar tahunan 4.8% bagi tiga bulan pertama 2020. Hasil bagi April hingga Jun pula dijangka akann berlaku penurunan tahunan yang lebih teruk, 20% atau lebih daripada itu. Tahap pengangguran pula meningkat dari paras terendah pada Februari, 3.5% cecah 14.7% pada April dan 13.3% pada bulan lalu.

Sejak kemelesetan Perang Dunia Kedua yang memberi kesan selama enam hingga ke 18 bulan, tiada situasi yang menyamai kemerosotan Great Depression yang berlaku selama 43 bulan bermula pada tahun 1929. Justeru, walaupun maklumat yang terkumpul pada Mac menyaingi beberapa statistik dari era Great Depression, para penganalisis ekonomi menjangkakan pemulihan ekonomi akan berlaku pada musim panas ini dan mungkin akan berlanjutan jika pandemik pulih sepenuhnya.

Tempoh pemulihan yang pantas menjadi perkara utama untuk menentukan sama ada kemelesetan ini memberi impak dalam jangka masa yang panjang sama seperti situasi sebelumnya. Pada kemelesetan yang berlaku pada 2007 hingga 2009 telah membawa kepada kehilangan jutaan peluang pekerjaan bagi industri kilang, pengangguran jangka masa panjang dan peningkatan gaji yang rendah bagi  golongan pertengahan dan rendah.

Federal Reserve A.S pada minggu ini akan bermesyuarat dan ahli jawatankuasa mesyuarat akan mengutarakan unjuran ekonomi baru yang akan membuktikan sejauh mana pemulihan yang mereka jangkakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat