Ekuiti Catat Keuntungan 4 Sesi Berturut-Turut Tatkala Dolar Kukuh

123

Ekuiti global catat keuntungan 4 sesi berturut-turut selepas laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) pamerkan prestasi memberangsangkan tatkala dolar kukuh menjelang mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang menjadi tumpuan hari ini.

Pasaran Wall Street terus didagangkan tinggi dengan 78.3% dari 60 syarikat tersenarai mencatat keputusan melewati unjuran penganalisis, di mana saham pertumbuhan diterajui lonjakan 6.26% oleh Netflix.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.09% pada 31,799.18 sementara S&P 500 capai 0.42% pada 3,953.09 dan Nasdaq Composite tambah 1.3% pada 11,865.92.

Ulas Steve Sosnick dari Interactive Brokers, keputusan syarikat yang baik menjernihkan sentimen pelabur untuk terus membeli daripada menjual dan perkara ini telah mendorong pengukuhan ekuiti.

Tolok MSCI saham seluruh dunia naik 0.93% sementara STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.21%.

Kebantutan momentum bagi ekuiti Eropah adalah disebabkan kebimbangan mesyuarat ECB pada malam ini selain isu bekalan gas Rusia dan pilihan raya di Itali.

Ijmal pergerakan mata wang memperlihatkan indeks dolar mula mengukuh pada 0.459% dengan Euro menyusut 0.58% pada $1.0165 sementara Yen Jepun melemah 0.04% pada $138.27 dan Sterling merudum 0.28% pada $1.1961.

Pengukuhan dolar boleh dikaitkan dengan jangkaan kenaikan kadar ECB dan Federal Reserve (Fed) dalam usaha mereka memerangi inflasi.

Suka untuk diingatkan bahawa ECB diramalkan melaksanakan kenaikan kadar sebanyak 25 atau 50 mata asas sementara Fed diunjurkan menaikkan 75 mata asas.

Dalam pada itu, penanda aras nota 10 tahun jatuh 5/32 dalam harga kepada hasil 3.0359% dari catatan Selasa pada 3.019%.

Bagi komoditi, harga minyak jatuh selepas data AS memperlihatkan permintaan petrol yang lemah dan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat menambah kebimbangan ekonomi seterusnya mengurangkan permintaan tenaga.

Harga minyak mentah AS jatuh 2.07% pada $102.06 dan minyak mentah Brent turun 0.86% pada $106.43.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat