Ekuiti Kekal Dalam Rali Buat Kali Ke-2 Selepas Mesyuarat FOMC

116

Sehari selepas pelaksanaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed), ekuiti global meneruskan rali kenaikannya sementara hasil perbendaharaan susut untuk 3 hari berturut-turut.

Pada hari sama mesyuarat FOMC, sebelah petangnya terdapat terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) suku ke-2 Amerika Syarikat (AS) yang menyusut 0.9% meleset daripada jangkaan 0.4% menyusuli penguncupan 1.6% pada suku sebelumnya.

Difahamkan Wall Street memulakan sesi dagangan pada nota lemah sebelum bertukar positif dengan Dow Jones Industrial naik 1.03% pada 32,529.63, S&P 500 capai 1.21% pada 4,072.43 dan Nasdaq Composite tambah 1.08% pada 12,162.59.

Tolok saham seluruh dunia lonjak 1.24% dan STOXX 600 pan-Eropah canak 1.09% sungguhpun rantau tersebut berhadapan krisis gas dan kemungkinan kemelesetan.

Sementara itu, Mona Mahajan yang merupakan seorang ahli strategi pelaburan kanan menyatakan kemerosotan hasil perbendaharaan memberi bayangan pengetatan yang perlahan pada masa depan.

Rentetan itu, pasaran bon menyaksikan hasil perbendaharaan 2 tahun jatuh lagi selepas ia merosot di bawah 3% pada Rabu.

Nota penanda aras 10 tahun naik 17/32 dalam harga kepada hasil 2.6723% daripada 2.732%, nota 2 tahun naik 6/32 dalam harga kepada hasil 2.8723% daripada 2.972% sementara bon 20 tahun jatuh 12/32 dalam harga pada hasil 3.0219% daripada 3.002%.

Aliran mata wang menyaksikan indeks dolar 0.197% dengan Euro turun 0.06% pada $1.0196 sementara Yen Jepun kukuh 1.71% pada $134.27.

Bagi komoditi, harga minyak dilihat sedikit bercampur ekoran pengurangan permintaan rentetan daripada kemelesetan yang diburukkan lagi dengan kelemahan inventori minyak dan lantunan petrol AS.

Minyak mentah AS turun 0.86% pada $96.42 sementara minyak Brent naik 0.49% pada $107.14.

Spot emas tambah 1.3% pada $1,756.59 per auns selepas pengecutan ekonomi menambah minat terhadap aset safe-haven.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat