Ekuiti Kekal Kukuh Pada Akhir Minggu Dengan Kenaikan 50 Mata Asas ECB

219

Kebanyakan indeks utama seluruh dunia melanjutkan keuntungan untuk 5 sesi berturut-turut dengan berita kenaikan kadar faedah di luar jangkaan oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Indeks MSCI saham seluruh dunia capai 0.77% sementara STOXX 600 pan-Eropah ditutup tinggi 0.44%.

Tajuk utama berfokuskan kepada ECB yang melaksanakan pengetatan dasar monetarinya buat kali pertama dalam 11 tahun dengan kenaikan 50 mata asas berbanding jangkaan 25 mata asas.

Ia secara tidak lansgung mendorong lonjakan 0.27% pada mata wang Euro untuk didagangkan $1.0204 selepas merudum sedikit pada awal sesi dengan laporan peletakan jawatan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.

Beralih ke ekuiti Amerika Syarikat (AS), musim laporan pendapatan korporat yang menyaksikan 78% daripada 91 syarikat mencatat keputusan mengatasi jangkaan telah mendorong sentimen risk-on pelabur.

Difahamkan bahawa catatan tersebut melepasi kadar 66% sejak 1994 dan menuju ke kadar 81% yang direkodkan 4 suku lalu.

Rentetan itu, Dow Jones Industrial naik 0.51% pada 32,036.9, S&P 500 capai 0.09% pada 3,999.06 dan Nasdaq Composite tambah 1.36% pada 12,059.61.

Mengulas situasi tersebut Keith Lerner dari Truist Advisory Services menyatakan kebimbangan utama pelabur sebelum ini telah mereda dengan keputusan korporat yang baik namun masih terlalu awal untuk membuat konklusi.

Dalam pada itu, aliran mata wang memperlihatkan indeks dolar susut 0.28% sementara Yen Jepun kukuh 0.50% pada $137.54 ekoran Bank of Japan (BOJ) masih ketinggalan dalam pelaksanaan dasar monetarinya tatkala Sterling diniagakan positif 0.04% pada $1.1974.

Penanda aras nota 10 tahun dilihat naik 36/32 dalam harga kepada hasil 2.9023% daripada catatan sebelumnya pada 3.036%.

Bagi komoditi, harga minyak merosot buat 2 sesi berturut-turut selepas stok petrol AS masih banyak dan kenaikan kadar ECB menambah kebimbangan permintaan serta bekalan minyak.

Minyak mentah AS jatuh 3.53% pada $96.35 dan Brent turun 2.86% pada $103.86.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat