Ekuiti Melantun Dengan Tindakan Gergasi Peruncitan AS Unjur Inflasi Kekal Memuncak

163

Gergasi peruncitan Amerika Syarikat (AS), Target Corp yang menawarkan diskaun bagi membersihkan inventorinya menyebabkan saham global melantun apabila ia mengisyaratkan bahawa inflasi kekal memuncak.

Tindakan Target dibuat selepas berlaku perubahan corak membeli pengguna, susulan kenaikan kadar agresif oleh bank pusat Australia (RBA) semalam, yang memaksa syarikat menurunkan ramalan margin keuntungan suku tahunan dan merendahkan unjuran harga suku ke-2 dalam semakan mengejut.

Perkara ini secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa Federal Reserve (Fed) dan bank pusat utama lain akan mengekalkan langkah kenaikan kadar faedah bagi membendung inflasi yang terus memuncak.

Ulas Rick Meckler dari Cherry Lane Investments bahawa ia adalah berita baik yang membawa kepada kenaikan kadar berterusan oleh Fed, menepis jangkaan pengurangan kenaikan mata asas sebelum ini.

Ekoran itu, pasaran ekuiti mendapat semula momentum dengan penanda aras MSCI saham global capai 0.40% sementara indeks STOXX 600 jatuh 028%.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.8%, S&P 500 capai 0.8% dan Nasdaq Composite tambah 0.94%.

Dalam pada itu, RBA yang membuat kejutan dengan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas dalam masa 22 tahun turut menjadi faktor, selain menyebabkan hasil perbendaharaan AS susut.

Nota Perbendaharaan 10 tahun jatuh 5.3 mata asas pada 2.985% manakala penanda aras hasil bon Jerman susut 1.6 mata asas menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangka akan memulakan kitaran pengetatan.

Pergerakan mata wang pula menyaksikan indeks dolar jatuh 0.146% dengan Euro meningkat 0.09% pada $1.0704 dan Yen mencanak 0.57% selepas gabenor Bank of Japan (BOJ) berjanji akan menyokong ekonomi walaupun harga meningkat.

Dolar Australia juga meningkat pada 0.76% selepas keputusan RBA sebelum menurun semula sementara Sterling menambah 0.49% pada $1.2592.

Sektor komoditi pula menyaksikan niaga hadapan minyak mentah AS naik 91 sen pada $119.41 setong sementara minyak Brent lonjak $1.06 pada $120.57 setong ekoran kebimbangan bekalan.

Niaga hadapan emas turut mencanak 0.5% pada $1,852.10 per auns apabila US dolar kembali menyusut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat