Ekuiti Memasuki Rali, FOMC Tepati Ramalan Kenaikan 75 Mata Asas

228

Federal Reserve (Fed) tepati ramalan kenaikan kadarnya lantas mengukuhkan jangkaan pelabur bahawa dasar monetari akan diperlahankan dalam mesyuarat FOMC seterusnya.

Semalam, Pengerusi Fed Jerome Powell mengesahkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas  seperti yang dijangkakan selama ini.

Ia secara tidak langsung mendorong ekuiti Amerika Syarikat (AS) memasuki rali dengan kemungkinan pelaksanaan dasar monetari yang lebih perlahan menjelang September menjadi pertaruhan pelabur.

Indeks Wall Street Dow Jones Industrial naik 1.37% pada 32,197.59, S&P 500 capai 2.62% pada 4,023.61 dan Nasdaq Composite tambah 4.06% pada 12,032.42.

Faktor lain yang mungkin menyumbang lonjakan pada ekuiti AS adalah keputusan laporan suku pendapatan Microsoft Corp dan Alphabet Inc, mendorong pengukuhan pada saham teknologi dan pertumbuhan.

Tolok MSCI saham seluruh dunia canak 1.71% dengan indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun raih 0.48%.

Sementara itu, indeks greenback bergerak lemah dengan dolar susut 0.625% tatkala Euro naik 0.79% pada$1.0194 dan Yen Jepun mengukuh 0.26% pada $136.58.

Penanda aras nota 10 tahun naik 2/32 dalam harga kepada hasil 2.7794% dari 2.787% dan nota 2 tahun tambah 4/32 dalam harga kepada hasil 2.9797% pada 3.043% sementara bon 30 tahun turun 34/32 dalam harga kepada hasil 3.0628%.

Ringkasan komoditi, keputusan pemotongan sumber gas Rusia ke Jerman dan penurunan 30% eksport minyak telah mendorong lonjakan harga.

Minyak mentah AS naik 2.4% pada $97.26 dan minyak Brent capai 2.13% pada $106.62 sementara spot emas tambah 1.0% pada $1,734.14 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat