El Salvador Juga ‘Tewas’ Dalam Gelora Pasaran Kripto

1,930

El Salvador terkena tempias pasaran kripto yang sedang bergelora.

Difahamkan pemilikan 2,301 bitcoin (BTC) negara itu berdepan dengan kerugian $37 juta ketika nilai aset Satoshi Nakamoto menyentuh paras terendah sejak 2020.

Sebagai rekod, BTC mencatatkan nilai terendah harian, $26,683.87 semalam sebelum melantun ke paras $29,063 dengan lonjakan lebih 11% ketika artikel ini ditulis.

Bagaimanapun dalam tempoh 24 jam, BTC telah susut lebih 1% dan hampir 19% sejak minggu lalu.

Untuk pengetahuan, sejak presiden Nayib Bukele meluluskan bitcoin sebagai tender sah pada tahun lalu, El Salvador telah membelanjakan $103 juta untuk jadikan aset tersebut sebagai perbendaharaan negara.

Penyusutan mendadak harga BTC mendorong nilainya berada di sekitar $65.6 juta.

Pelaburan terkini BTC

Pada 9 Mei, Bukele telah mengumumkan satu lagi pembelian terbaharu – 500 BTC.

Ketika itu harganya bernilai $15.3 juta. Tetapi pada hari ini seunit BTC telah runtuh menjadi $29,587.65, menjadikan jumlah kumulatifnya cuma $14,793,823.53.

Bitcoin City ‘on the way

Bukele tidak menghiraukan ‘kecaman’ yang diterima dari pelbagai penjuru.

Dalam perkongsian terbaru di Twitter, figura tersebut teruja mendedahkan model Bitcoin City.

Peminat Bitcoin City yang mengikut dekat idea ini boleh melihat susun atur bandar tersebut. Terdapat mercu tanda logo BTC yang diletakkan di tengah-tengah bandar bentuk ‘roundabout’.

Tidak cukup dengan itu, Bukele mendakwa Bitcoin City sangat mesra flora dan fauna kerana permodenannya disuntik dengan kewujudan laut dan lambakan pokok.

Selain El Salvador, Afrika Tengah juga telah rasmi menerima bitcoin sebagai tender sah untuk menyokong pembangunan ekonomi negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat