Republik Afrika Tengah, Negara Ke-2 Terima Bitcoin (BTC) Sebagai Tender Sah!

256

Dalam kegawatan pasaran kripto, Republik Afrika Tengah akhirnya mengumumkan penerimaan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah di negara itu.

Khabar yang mendadak ini turut dikongsi CEO KuCoin, Johnny LYU menerusi ciapan di laman Twitter pada pagi tadi:

Begitu juga pengasas platform pertukaran kripto, Binance, Changpeng Zhao (CZ):

Sebagai rekod, Republik Afrika Tengah merupakan negara Afrika pertama yang berbuat demikian, dan negara kedua selepas El Salvador sejak September 2021.

Menteri telekomunikasi dan ekonomi digital, Gourna Zacko; dan menteri kewangan, Calixte Nganongo bertanggungjawab dalam perlaksanaan inisiatif ini, termasuk menyusun rang undang-undang bitcoin.

Difahamkan penerimaan bitcoin sebagai mata wang rasmi, selain franc (CFA) adalah untuk memastikan rancangan pemulihan ekonomi dan pembinaan keamanan negara dapat dilaksanakan dengan berjaya, lagi-lagi selepas perang saudara yang tercetus sejak sedekad lalu.

Pemerhatian mendapati pendapatan per kapita cuma hampir $400, salah satu rekod terendah di dunia. Malah keluaran dalam negara kasar (KDNK) sangat rendah sekitar 3%.

Lebih parah, CFA yang bersandar pada Euro semakin menyusut nilainya kerana inflasi.

Melalui penerimaan bitcoin dalam ekonomi Republik Afrika Tengah, negara ini telah melalui satu perubahan besar dalam infrastruktur digital dengan mengaplikasikan inovasi teknologi blockchain.

Potensi mata wang kripto dan teknologi yang menyokongnya sudah jelas mendapat perhatian kebanyakan negara.

Tidak hairanlah jika Madeira (Portugal) dan Próspera (Honduras) juga dilihat berminat untuk mengikut jejak langkah El Salvador.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat