Elakkan Menjadi Mangsa Penipuan Wang Palsu – BNM Kongsi Teknik Mengenal Pasti

1,015

Wang palsu merupakan wang yang dicipta tanpa sebarang kebenaran daripada badan berautoriti. Justeru wang tersebut tidak sah diperlakukan dengan nilai.

Wang palsu antara isu yang perlu ditangani kerana ia akan mengakibatkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

Sebelum memahami impak wang palsu, kita harus memahami sejarah penggunaan matawang. Secara asasnya matawang digunakan sebagai medium transaksi. Penerimaan medium transaksi dari satu masa ke satu masa juga berasaskan kepercayaan dan penerimaan umum. Justeru peningkatan matawang palsu boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan/keyakinan dalam kalangan masyarakat terhadap matawang.

Selain itu, peningkatan matawang palsu juga boleh meningkatakan kadar inflasi. Ia juga boleh memberi kesan negatif terhadap sosial masyarkat.

Maka Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan piawaian bagi mengenal pasti matawang palsu agar orang ramai khususnya peniaga tidak menjadi mangsa penipuan wang palsu.

Menurut Ketua BNM Pulau Pinang, mata wang ringgit mempunyai 10 ciri keselematan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.

BNM juga telah memperkenalkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menerusi Google Play. Aplikasi ini mampu untuk mengenal pasti dan mengimbas ketulenan atau kepalsuan sesuatu wang kertas.

Walaupun kejadian mata wang palsu di Malaysia sangat rendah, BNM akan sentiasa memantau hal berkenaan dengan rapi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat