Elon Musk Akan Terus Kaya Kerana Ada Pelabur-Pelabur Macam Ini!

5,368

‘Ramai peminat Elon Musk ni termasuk Bob Bursa rasanya.’

Syarikat aeroangkasa, SpaceX milik Elon Musk ternyata adalah lubuk ‘emas’ yang akan memastikan manusia terkaya dunia itu mengekalkan status jutawannya.

Difahamkan ramai pelabur berpusu-pusu membeli saham SpaceX dan ia telah menambah $14.6 bilion kepada kekayaan Musk semasa 2019, melebihi nilai saham syarikat kereta elektrik (EV) Tesla Inc miliknya.

Terbaru bekas ketua bersama Mizuho Securities, Spyridon Mentzas dikatakan telah menubuhkan firma Hijojo Partners pada 3 tahun lalu dengan matlamat untuk mengumpul dana bagi membeli saham SpaceX.

Firma itu kini bernilai pada hampir $125 bilion berdasarkan pusingan pembiayaan terbarunya.

Bercakap mengenai minatnya untuk melabur dalam SpaceX, Mentzas berkata beliau percaya bahawa syarikat itu akan berjaya sungguhpun input mengenai projek angkasa Musk hanya boleh di dapati daripada Twitter sahaja.

Selain itu, pengurus dana PrelIPO Club dari Miami iaitu Edoardo Zarghetta juga difahamkan telah membeli saham SpaceX di pasaran sekunder dan dagangan premiumnya kini melebihi 10%.

Turut menjadi peminat Musk adalah seorang pelabur Norway, Olav Trent, yang mengatakan syarikatnya adalah antara pertama melabur dalam program angkasa jutawan itu.

Dalam pada itu, dengan saham Tesla telah turun hampir 50% daripada puncak November lalu ekoran penjualan hampir $15 bilion bagi membeli Twitter, ternyata SpaceX akan menjadi pertaruhan terpenting Musk.

Akan tetapi suka diingatkan SpaceX turut mempunyai masalahnya apabila pemfailan kawal selia mendedahkan beberapa saham syarikat dijual pada $250 juta dalam transaksi sekunder daripada 5 pelabur yang tidak didedahkan identiti mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat