Elon Musk Beli 9.2% Kepentingan Twitter & Buat Sahamnya Meledak 26%

217

‘Haritu tak silap Musk cakap nak buat media sosial sendiri, tapi rasanya lagi senang beli dari buat, kan?’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan manusia terkaya dunia, Elon Musk telah membeli sejumlah 9.2% kepentingan dalam Twitter Inc, seterusnya berpotensi menjadikan dirinya pemegang kepentingan terbesar dalam laman blog mikro itu.

Ekoran daripada tindakan Musk itu, saham Twitter meledak 26% dalam dagangan pra-pasaran selepas beliau sebelum ini pernah tweet mengenai kemungkinan membina platfrom media sosialnya sendiri.

Ia juga secara tidak langsung mendorong saham firma media sosial lain seperti Meta Platform dan Snapchat milik Snap Inc melonjak tinggi.

Buat masa ini, Musk memiliki 73.5 juta saham di Twitter dan nilai kepentingan pasifnya dalam syarikat itu sehingga US$2.9 bilion berdasarkan penutupan saham pada Jumaat lepas.

Umumnya, Musk merupakan pengguna Twitter aktif dengan memiliki lebih 80 juta pengikut sejak menyertainya pada 2009.

Beliau sering menggunakan platfrom itu untuk membuat beberapa pengumuman termasuk mengacah mengenai perjanjian go-rptivate utnuk Tesla sehingga menjadi isu dengan pengawasan kawal selia.

Walau bagaimanpun, beliau juga sering mengkritik platform media sosial dan dasarnya, terutama Twitter dengan mengatakan syarikat itu menjejaskan demokrasi dan gagal mematuhi prinsip kebebasan bersuara.

Dalam pada itu, Musk dan bekas pengasas serta jutawan Twitter, Jack Dorsey berkongsi ideologi sama dari segi menolak apa yang dipanggil Web3, istilah kurang jelas untuk versi utopia internet yang tidak berpusat.

Selain itu, Musk juga merupakan CEO dan pengasas SpaceX selain turut mengetuai syarikat cip otak, Neuralink dan firma infrastruktur Tech Boring Company.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat