Elon Musk Beri Amaran Jangan ‘All-In’ Pada DOGE!

327

“Sebelum ni bersemangat, takkan sekarang dah benci DOGE.”

Semasa Sidang Kemuncak Majlis Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wall Street Journal di London, pengasas Tesla Elon Musk menasihati semua orang untuk tidak membeli sebarang mata wang kripto mahupun memecoin terbesar Dogecoin (DOGE).

Memang tidak dinafikan Musk adalah peminat tegar DOGE sejak dahulu lagi susulan ia memiliki anjing dan humor terbaik, namun beliau mencadangkan seseorang individu tidak harus meletakkan semua simpanan yang mereka miliki pada kripto atau memecoin itu.

Walaupun Musk sentiasa bersikap optimis terhadap kripto dan DOGE, beliau secara tiba-tiba telah berkongsi nasihat yang jarang berlaku kepada para pelabur.

Terdahulu semasa menjadi CEO Twitter, Musk bukan sahaja berhasrat membenarkan pelanggan membayar langganan Twitter Blue melalui DOGE malah menyepadukannya untuk pembayaran di platform media sosial itu.

Rentetan itu, DOGE yang dicipta sebagai jenaka kini telah mempunyai modal pasaran $9 bilion dan harganya dilaporkan meningkat apabila Musk menukar logo Twitter burung biru kepada DOGE untuk menunjukkan sokongannya terhadap memecoin.

Pada bulan Mei, beliau telah melantik Linda Yaccarino sebagai CEO Twitter baharu yang juga dipercayai adalah penyokong DOGE serta Shiba Inu (SHIB).

Sejurus selepas Musk berkata kepada ramai orang untuk tidak melabur dalam DOGE, harganya menjunam sebanyak 2.76% pada paras $0.07 dalam tempoh 24 jam lalu seterusnya mencatatkan penurunan 2.08% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat