Elon Musk Cuit Dekat Twitter, Harga NFT Kurang Popular Ini Memuncak 500%!

3,646

“Hebat betul Musk, apa yang dia post atau cakap mesti sesuatu aset digital tu akan naik.”

Para pemegang non-fungible token (NFT) Milady meluahkan keterujaannya apabila Elon Musk menghantar tweet yang memaparkan watak koleksi digital itu bersama perkataan “There is no meme, I love you” pada hari Rabu semalam.

Susulan tindakan Musk tersebut, harga lantai untuk koleksi NFT Milady itu di pasaran OpenSea telah berjaya melonjak ke tahap lebih tinggi.

Diperjelaskan lebih terperinci, jualan Milady NFT telah meningkat daripada 3.75 Ethereum (ETH) bernilai $6,920 kepada 5.70 ETH berharga $10,371, di mana ia adalah pendakian sebanyak 500% berbanding 24 jam terakhir.

Meskipun begitu, ini bukanlah kali pertama Musk memanfaatkan platform media sosial Twitter untuk mencetuskan lonjakan harga terhadap sesuatu aset digital.

Hal ini kerana harga Dogecoin (DOGE) turut menyaksikan kenaikan ketara selepas Musk menukar logo rasmi twitter kepada memecoin tersebut dan meme Milady adalah contoh terbaharu beliau pada bulan ini.

Umum mengetahui harga NFT Milady terjun secara drastik pada Mei tahun lepas setelah diselubungi pelbagai kontroversi berkenaan pencipta NFT itu bernama Charlotte Fang yang didapati menjalankan akaun Twitter samaran untuk menghantar mesej perkauman dan kesat.

Berbeza dengan Bored Ape Yacht Club (BAYC) ataupun Cryptopunks, Milady adalah sejenis NFT gambar profil (PFP) yang memaparkan wajah seperti kanak-kanak kecil dengan mata lebar gaya anime dan secara keseluruhannya koleksi digital itu telah mengeluarkan 9,823 unit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat