Elon Musk Nak Berhenti Kerja?!

3,203

Ehem, terasa macam nak apply lah jawatan kosong dekat Tesla tu.

Elon Musk, jutawan kereta elektrik Tesla sedang ‘berfikir’ untuk meninggalkan pekerjaannya dan menjadi seorang influencer dalam satu ciapan Twitter di akaun peribadinya.

Dalam ciapan Twitter, Elon Musk menyatakan beliau sedang berfikir untuk berhenti kerja dan menjadi seorang influencer sepenuh masa.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipastikan sama ada Elon Musk serius atau hanya bergurau dengan ciapan beliau itu.

Terdahulu beliau pernah mengatakan pada bulan Januari bahawa dia menjangkakan untuk menjadi ketua pegawai eksekutif Tesla selama ‘beberapa tahun’.

Dalam pada itu, Elon Musk juga telah menjual pegangan saham hampir US$12 bilion sejak sebulan lalu.

Menurut pemfailan sekuriti Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, jutawan itu telah menjual lagi 934,91 saham berharga $963 juta untuk membayar cukai ke atas pelaksanaan opsyen saham bagi membeli 2.17 juta saham dalam Tesla.

Beliau telah menggabungkan 11.03 juta saham dan telah memperoleh 12.87 juta saham dengan menggunakan opsyen sejak 8 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat