Elon Musk Ramal Twitter Diambang Bankrap Menjelang 2023!

744

‘Banyak betul masalah Twitter sebaik sahaja Musk beli, entah-entah sekejap lagi dia jual pulak syarikat.’

Terlalu banyak cerita berkenaan Elon Musk dengan syarikat baru dibelinya, Twitter Inc namun antara yang paling mencuri tumpuan adalah kemungkinan Burung Biru jatuh muflis seawal tahun depan.

Kenyataan tersebut keluar dari mulut jutawan terkaya dunia itu sendiri menerusi panggilan besar-besaran pertama beliau bersama para pekerja sejak pemerolehan rasmi $44 bilion syarikat beberapa minggu lalu.

Musk dilihat tidak menyembunyikan keraguan beliau tentang kemampuan Twitter untuk ‘selamat di sebalik situasi kesuraman ekonomi’ dengan syarikat menghadapi isu kewangan, masalah dengan pengawal selia dan pemberhentian eksekutif.

Difahamkan bahawa Twitter kini telah kehilangan Ketua Bahagian Amanah dan Keselamatan, Yoel Roth yang dikatakan letak jawatan kerana tidak ‘sebulu’ dengan perubahan yang dibawa Musk.

Bahagian Amanah dan Keselamatan merupakan jabatan penting yang membendung ucapan kebencian, salah maklumat serta spam pada perkhidmatan Twitter, dan pendekatan Musk yang mahukan kebebasan bersuara dilihat bercanggah.

Selain itu, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Twitter iaitu Lea Kissner turut dikatakan meletak jawatan termasuk Ketua Pegawai Privasi dan Ketua Pegawai Pematuhan.

Setakat ini individu-individu tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) dikatakan akan terus meneliti Twitter ekoran daripada pemberhentian 3 eksekutif tersebut.

Hal ini kerana perletakan jawatan tersebut berpotensi melanggar perintah kawal selia, selepas Twitter tempoh hari didapati membuang pekerja besar-besaran tanpa notis.

Andai Twitter didapati bersalah, FTC boleh mengenakan denda tatkala syarikat menghadapi hutang sebanyak $13 bilion dan pembayaran faedah kira-kira $1.2 bilion yang perlu diselesaikan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat