Emas Belum Ada Upaya, Data Inflasi AS Kekalkan Harganya Bawah $2,350

405

Emas didagangkan agak lemah pada awal minggu sekitar $2,330 semasa sesi pembukaan Asia. Data-data ekonomi AS terkini menunjukkan bahawa tekanan inflasi AS kekal kukuh dan menguatkan lagi keraguan mengenai pemotongan kadar faedah oleh Fed.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) pula turun sederhana kepada 106.00 mata dan bon Perbendaharaan AS menghasilkan kelebihan lebih rendah dengan hasil 10 tahun jatuh kepada 4.667%.

Harga emas kini berada pada paras $2,325.86 iaitu susut sebanyak 0.52% sejak ia dibuka pada awal dagangan pagi tadi.

Pada Jumaat lepas, laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) untuk Mac adalah sejajar dengan jangkaan yang meningkat sebanyak 0.3%.

Inflasi tahunan pula mencapai 2.7% pada Mac daripada 2.5% Februari. Inflasi PCE teras pula meningkat sebanyak 2.8% yang melebihi jangkaan sebanyak 2.6%.

Pasaran kini menetapkan sasaran sebanyak 60% untuk Fed mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat September. Mereka juga dijangkakan akan mengekalkan kadar dasar dalam julat 5.25% hingga 5.5% dan tidak memberi isyarat berkenaan pemotongannya.

Pendirian hawkish dalam sentimen pasaran mampu mengurangkan daya tarikan emas serta membebankan harganya.

Hujung minggu lepas, Hamas berkata bahawa mereka sedang mempertimbangkan cadangan Israel untuk gencatan senjata di Gaza. Ia berlaku ketika Mesir mempergiatkan percubaannya untuk mendapatkan perjanjian antara Israel dan Hamas untuk menghentikan konflik.

Selain itu, perkara itu juga bagi mengelakkan pencerobohan tentera Israel ke bandar Rafah di selatan Gaza. Sebarang peningkatan geopolitik di Timur Tengah mungkin akan meningkatkan tarikan aset selamat tradisional seperti emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat