Emas Belum Serik Buat ATH Baru, Bakal Menuju Paras $2,500?

1,584

Emas meningkat ke paras rekod tertinggi sepanjang masa baharu pada penghujung suku pertama 2024 di saat keputusan Federal Reserve (Fed) untuk pemotongan kadar faedah semakin menghampiri dan ketegangan geopolitik yang semakin mendalam.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,252.15 iaitu naik sebanyak 0.81% sejak awal pembukaan dagangan Asia pagi tadi.

Pada Jumaat lepas semasa pasaran ditutup, pasaran memaparkan tolok inflasi asas pilihan semakin mereda pada bulan Februari.

Perkara ini meningkatkan keyakinan pembuat dasar dalam meneruskan misi pemotongan kadar faedah pada tahun ini walaupun bank pusat AS kekal menunjukkan nada yang lebih berhati-hati.

Emas telah menjadi komoditi utama yang cemerlang setakat ini pada 2024 dengan mencatatkan keuntungan lebih daripada 8% pada suku pertama.

Selain daripada prospek pelonggaran monetari oleh bank pusat terkemuka, ketegangan berterusan di Timur Tengah dan Ukraine turut meningkatkan daya tarikan logam berharga sebagai aset selamat. Keputusan data ekonomi oleh bank pusat dan pengguna China juga telah membantu harga.

Beberapa institusi besar bank terkemuka seperti JPMorgan Chase & Co. turut meyakini prospek positif emas adalah pilihan nombor 1 dalam pasaran komoditi dan harganya mungkin mencecah $2,500 pada tahun ini.

Buat masa ini, para pelabur akan disajikan dengan beberapa data ekonomi penting seperti Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang bakal diumumkan pada jam 9.45 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat