Emas Buat Hal! Tiba-Tiba Melonjak Tinggi Selepas Terjunan Maut

2,425

Harga emas membuat kebangkitan semula selepas menjunam ke tahap terendah tiga minggu ketika pelabur menantikan penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

Peningkatan ini menyusuli pengumuman dasar Bank Pusat England (BOE) dan Federal Reserve (Fed) yang menunjukkan mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan pada $1,794 per auns, naik semula selepas menjunam rendah pada hari Rabu. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,795 per auns.

Emas pada mulanya susut selepas Fed mengumumkan pengurangan dalam pembelian bon bulanannya, tetapi kembali meningkat selepas pelabur menilai semula pandangan penggubal dasar yang masih mahu menunggu untuk menaikkan kadar faedah.

BOE turut mengambil langkah sama dengan menidakkan jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar pada mesyuarat polisi semalam, dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Selain itu, walaupun US dolar turut memaparkan pengukuhan tetapi logam kuning emas tetap memperoleh keuntungan untuk meningkat dengan sokongan daripada kemerosotan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Pelabur kini menumpukan perhatian kepada pengeluaran data pekerjaan NFP AS pada sesi New York yang berpotensi membawa pergerakan lebih besar buat dagangan emas menjelang dagangan hujung minggu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat