Emas Cecah Tahap Ketinggian Terbaru, Paras $1,800 Jadi Sasaran

670

Dagangan logam kuning sekali lagi melonjak ke paras ketinggian terbaru didorong oleh kebimbangan terhadap kenaikan kes baru jangkitan coronavirus di beberapa negara yang mendorong sekatan semula dilaksanakan.

Emas mencecah paras ketinggian terbaru sejak 2012 pada $1,796.08 per auns pada sesi New York, sebelum didagangkan di sekitar paras harga $1,794 pada sesi dagangan Asia hari ini.

Sementara niaga hadapan emas pula kekal didagangkan di atas paras harga $1,800 per auns.

Peningkatan kes coronavirus yang membimbangkan telah menyebabkan pelabur meningkatkan selera mereka kepada aset safe-haven yang bimbang terhadap prospek pemulihan ekonomi yang mungkin terjejas akibat pengenaan semula sekatan di beberapa negara.

Sekatan terbaru di Australia telah mencetuskan kebimbangan untuk pelabur. Victoria, negeri kedua terbesar di Australia mengumumkan sekatan terbaru di seluruh bandar Melbourne dan kawasan sekitarnya dengan arahan duduk di rumah selama 6 minggu.

Sebelum ini, hanya 10 kawasan panas di bandar itu sahaja yang dikenakan perintah berkurung selama 4 minggu. Sekatan semula ini dijangka akan menjejaskan lebih 5 juta orang di negeri itu, dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu di Amerika Syarikat, lebih 40,000 kes baru dicatatkan setiap hari. Pakar pandemik terkemuka di negara itu, Anthony Faunci memberi amaran bahawa peningkatan kes baru ini mungkin boleh menjadi 100,000 setiap hari jika langkah penjarakan sosial dan keselamatan lain tidak diamalkan.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan bahawa hampir 3 juta warga Amerika telah dijangkiti virus maut itu setakat ini, manakala jumlah kematian pula melebihi 131,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat