Emas Cuba Bertahan Dari Tergolek Ke Bawah

742

Emas bergelut untuk mempertahankan momentum pengukuhan harga pada Khamis ketika US dolar kembali mendaki menjelang penerbitan data ekonomi AS pada malam ini.

Memasuki sesi Eropah, emas diniagakan di sekitar harga $1,900 per auns, susut sedikit dari kenaikan semalaman yang dicatatkan pada sesi sebelum ini. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada harga $1,905 per auns.

Logam berharga itu sebelum ini mendapat dorongan daripada penyusutan US dolar pada sesi New York untuk meningkat semula di atas harga $1,900 per auns.

Secara keseluruhannya, penganalisis menganggap penurunan yang dicatatkan logam kuning ini adalah sebagai pengambilan untung, dan harga emas dijangka akan melonjak lebih tinggi dari paras tertinggi 5 bulan yang dicatatkan sebelum ini berikutan jangkaan terhadap inflasi yang semakin meningkat.

Penerbitan data perkhidmatan tinjauan ISM, laporan pekerjaan swasta ADP dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat, kini menjadi tumpuan pasaran seterusnya pada malam ini, di mana ia akan dijadikan petunjuk kepada data pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan pada Jumaat.

Sementara itu, pelabur masih mempertimbangkan kenyataan baru dari pegawai Federal Reserve (Fed), iaitu Patrick Harker yang memberitahu bahawa beliau tidak melihat tanda-tanda yang menunjukkan inflasi semakin tidak terkawal, dan belum tiba waktunya untuk bank pusat bertindak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat