Emas Dah Habis Naik? Tunggu! Lihat Sini Dulu

1,612

Logam berharga emas kembali menyambung pendakian ketika sesi Eropah bermula setelah didagangkan mendatar pada sesi sebelum ini.

Ketika penulisan, emas meningkat di sekitar harga $1,873 per auns, iaitu tahap paling kuat dalam tempoh 3 setengah bulan.

Dolar greenback terus didagangkan lemah di paras terendah hampir 3 bulan berbanding pesaing utama, menjadikan emas lebih murah bagi pemegang matawang utama lain.

Para pelabur kini menantikan penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada awal pagi ini untuk mendapatkan kejelasan lanjut mengenai pemulihan ekonomi dan pandangan pembuat dasar mengenai inflasi.

Emas terus meraih sokongan daripada kebimbangan pasaran terhadap kenaikan inflasi yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi selepas menyaksikan indeks harga pengguna (CPI) AS melonjak 4.2% oada bulan April berbanding tahun sebelumnya.

Fed sebelum ini telah berjanji untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sehingga ekonomi mencapai pekerjaan penuh walaupun terdapat tekanan daripada kenaikan inflasi yang tinggi.

Hal ini telah memberi tekanan buat matawang US dolar untuk terus didagangkan lebih rendah memberi manfaat buat dagangan emas yang dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat