Emas Dinilai Sedikit Suram Pada Sesi Asia

666

Harga emas sedikit susut berikutan lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan US dolar membantutkan daya tarikan buat logam berharga itu.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,813 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,812 per auns.

Hasil bon AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi dua tahun dengan menyentuh tahap 1.88% pada sesi dagangan hari ini yang disokong oleh optimisme pasaran untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara US dolar juga didagangkan lebih kukuh menyebabkan emas didagangkan lebih mahal bagi pemegang mata wang utama lain.

Buat masa ini, terdapat jangkaan meluas untuk pengetatan lebih agresif daripada bank pusat AS dengan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan Mac.

Walaupun begitu, pergerakan yang dipamerkan harga emas masih lagi stabil meskipun hasil bon mencatatkan peningkatan yang ketara ke tahap tertinggi sejak Januari 2020.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada sesi Eropah hari ini, di mana ia dijangka akan terus menunjukkan peningkatan pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat