Emas Jatuh! Tak Sempat Nak Sambut

1,734

Harga emas sedikit meningkat ketika sesi Asia selepas menjunam rendah dalam perdagangan aktif pada hari Rabu sehingga mencecah paras harga $1,825 per auns.

Penyusutan ini didorong oleh kurangnya kemajuan dalam perbincangan mengenai pakej rangsangan tambahan AS.

Pemimpin Majoriti Senat AS, Mitch McConnell mengatakan bahawa penggubal undang-undang masih mencari jalan menuju kesepakatan mengenai bantuan coronavirus, sementara Dewan Perwakilan pula bersedia untuk meluluskan rang undang-undang stopgap selama satu minggu untuk memberikan lebih banyak masa untuk mencapai persetujuan.

Kekurangan kemajuan dalam perbincangan ini yang akan membawa kepada kesepakatan Dewan, Senat dan petadbiran saat ini telah mengurangkan sentimen pasaran terhadap emas yang menyebabkan penurunan harga yang drastik pada sesi dagangan Rabu.

Selain itu, dagangan logam berharga ini turut ditekan oleh perkembangan positif mengenai vaksin, di mana kini vaksin Covid-19 yang dikembangkan Pfizer-BioNTech sedang menunggu keputusan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) untuk kelulusan penggunaan kecemasan dan memulakan vaksinaksi.

Turut menekan harga lebih rendah adalah kenaikan US dolar yang tinggi menjadikan logam kuning ini lebih mahal bagi pemegang matawang lain.

Pada sesi Asia, emas didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,840 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,843 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat