Emas ‘Kedinginan’ Di Puncak Tertinggi, Pasaran Jangkakan CPI AS Hambar?

864

Emas hampir tidak berubah pada lewat sesi New York semalam kerana para pelabur bersiap sedia untuk menantikan data indeks Harga Pengguna (CPI) AS untuk Februari yang dijangka tidak berubah.

Data teras tersebut dijangka sekata dan akan membebankan nilai mata wang dolar AS dan meningkatkan harga emas dalam pasaran.

Sementara itu, harga emas berada pada paras $2,181.27 iaitu turun sebanyak 0.07% sejak pembukaan dagangan pagi tadi.

Minggu lepas, harga emas mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah pada $2,195.15 yang sangat menghampiri paras atas sukar iaitu $2,200 berikutan keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell di Kongres AS.

Pada masa itu, beliau akui bahawa kadar inflasi AS semakin menghampiri sasaran 2% dan Fed dalam misi untuk melonggarkan dasarnya. Namun, kepastian penurunan kadar faedah tahun ini bergantung kepada data-data ekonomi yang dinantikan oleh bank pusat.

Katanya lagi, Fed tidak akan tergesa-gesa untuk mengurangkan kos pinjaman tersebut dalam masa terdekat.

Pada tepat jam 8.30 malam ini, pasaran akan disajikan dengan data indeks Harga Pengguna (CPI) yang mampu mengubah harga pasangan XAU/USD buat masa ini. Laporan inflasi itu yang kini berada pada paras 3.1% dijangka tidak berubah.

Namun, jika berlakunya pergolakan harga dalam pasaran emas, teknikal memaparkan ia akan turun ke paras rendah sejauh $2,154.17 dan seterusnya ke paras sokongan $2,150.00.

Jika sebaliknya, harga logam kuning tersebut akan melonjak lagi menembusi paras tertinggi sepanjang masa melebihi $2,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat