Emas Kembali Bangkit Selepas Mencatat Prestasi Buruk Minggu Lepas!

46

Harga emas meningkat lebih tinggi dalam sesi Eropah pada Isnin selepas mencecah nilai terendah dalam tempoh hampir 4 bulan.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat 1.2% kepada $1,266.75 satu troy ounce.

Pada Jumaat lepas, harga emas sedikit merosot berikutan data pekerjaan AS yang agak mengecewakan.

Ekonomi AS menambah 156,000 pekerjaan bagi bulan lalu, menurun daripada peningkatan sebanyak 167,000 yang dicatat pada bulan Ogos.

Walaupun laporan itu kurang memberangsangkan, perkara itu tidak akan menghalang sebarang kenaikan kadar pada akhir tahun ini.

Momentum logam kuning agak mengecewakan selepas mencatat kerugian sebanyak 4.9%, iaitu prestasi paling buruk sejak pertengahan September 2013 yang lalu.

US Dollar Index yang mengukur nilai US Dollar berbanding sekumpulan matawang meningkat 0.2% pada awal dagangan hari ini.

Beberapa event penting akan menjadi tumpuan pada minggu ini seperti data jualan runcit AS dan ucapan Janet Yellen bagi mendapatkan petunjuk yang jelas mengenai kenaikan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat