Emas Lonjak Capai Paras $2,040, Minggu ‘Panas’ Buat Trader!

566

Emas didagangkan menurun pada pembukaan awal dagangan pagi Isnin selepas paparkan lonjakan menembusi paras $2,030 pada penutupan minggu lalu.

Ia merupakan respon daripada tindakan Fed yang tidak pasti dalam menentukan kadar faedahnya nanti serta memberikan kelebihan buat nilai emas semasa laporan IHP Teras pada minggu lepas.

Harga emas kini berada pada paras $2,032.80 iaitu turun sebanyak 0.14% sejak ia dibuka pada awal pagi tadi.

Sementara itu, data inflasi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam beberapa minggu ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam pasaran berkenaan penangguhan kadar faedah.

Pada minggu lepas, Gabenor Fed Christopher Waller berkata bahawa pegawai-pegawainya tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah dengan segera.

Para pelabur kini menjangkakan AS mungkin tidak mengurangkan kadarnya sehingga Jun nanti. Ramalan itu semakin menguat dalam pasaran melepasi jangkaan untuk Mac. Peserta pasaran kini terus berpandukan keputusan terbaru Fed yang dijangka melakukan tiga pemotongan pada tahun ini.

Melihat ke arah situasi di Timur Tengah, Houthi terus menyerang kapal komersial di Laut Merah dan mengukuhkan simpanan senjata mereka di Yaman walaupun AS telah melakukan pelbagai siri serangan balas sejak beberapa minggu ini.

Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah mampu meningkatkan harga emas kerana ia dianggap sebagai aset ‘safe-haven’.

Pada minggu ini, para trader perlu memerhatikan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS Tahunan untuk suku keempat yang akan dikeluarkan pada Rabu dan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (Core PCE) pada Khamis.

Data-data ini akan memberikan arah yang lebih jelas kepada harga emas sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat