Emas Manfaatkan Kelemahan USD Untuk Kembali Bersinar

970

Permulaan yang baik buat dagangan emas pada awal minggu selepas logam berharga itu memaparkan lonjakan di tengah kemerosotan US dolar.

Pada sesi Asia, emas diniagakan meningkat pada $1,787 per auns, naik dari tahap terendah yang disentuhnya hari ini pada $1,776. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,789 per auns.

Greenback pula mengurangkan keuntungan yang diraih pada minggu lepas dengan sedikit menyusut berbanding pesaing utamanya.

Kemerosotan ini dipengaruhi oleh kenyataan Presiden Federal Reserve (Fed) Dallas, Robert Kaplan yang mengatakan pada hari Jumaat bahawa beliau mungkin perlu menyesuaikan pandangan untuk melakukan pengurangan sekiranya varian delta melambatkan pertumbuhan ekonomi secara material.

Sebelum ini, Kaplan merupakan antara pembuat dasar yang menyokong kuat cadangan untuk memulakan pengurangan pembelian bon yang lebih cepat oleh bank pusat.

Selain itu, penyusutan US dolar juga mungkin disebabkan para pelabur yang mahu mengambil keuntungan selepas memacu raja matawang itu ke paras tertinggi 9 setengah bulan pada minggu lepas.

Ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di acara tahunan simposium Jackson Hole pada minggu ini akan menjadi tumpuan utama pasaran bagi mendapatkan petunjuk lebih jelas mengenai hala tuju dasar monetari bank pusat dan pandangannya mengenai varian delta yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat