Emas Masih Cuba Pertahan Takhta, Data ADP Jadi ‘Buff’ Penting!

862

Sejak semalam, harga emas dilihat kehilangan momentum dan ia dibuka rendah pagi ini. Permintaan dolar AS (USD) yang terkini telah mengheret pasaran emas untuk teruskan penyusutan.

Perbendaharaan AS 10 tahun pula menurun kepada 4.16% sementara indeks dolar AS (DXY) teruskan pengukuhan dengan naik pada paras 104.00 mata yang mendorong harga emas didagangkan pada sekitar $2,020 iaitu naik 0.01% daripada ditutup semalam.

Indeks dolar AS (DXY) dilihat memulih daripada paras terendah bulanan walaupun hasil bon perbendaharaan AS menurun. Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM bagi bulan November naik melebihi jangkaan dengan peningkatan 52.7 mata daripada bacaan sebelumnnya iaitu 51.5.

Selain itu, data JOLTS Job Openings merosot sebanyak 617,000 kepada 8.73 juta pada Oktober menurut laporan Biro Statistik Buruh. Angka itu mencatatkan paras terendah sejak Mac 2021.

China juga menunjukkan pergerakan ekonomi yang tidak memberangsangkan di mana pasaran komoditi kini menimbulkan tekanan pada harga emas. Semalam, agensi Moody menurunkan penarafan kredit kerajaan China kepada negatif berikutan risiko pertumbuhan yang semakin meningkat dan krisis hartanah yang berpotensi menghadkan harga emas.

Walau bagaimanapun, para pedagang emas akan mula mengalihkan perhatian mereka pada data pekerjaan swasta AS (ADP) pada malam ini.

Hujung minggu pula, komponen data pekerjaan AS pada Jumaat akan diperhatikan termasuklah non-farm payroll (NFP), purata pendapatan per jam dan kadar pengangguran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat