Emas Masih Tak Berani Ke Mana-Mana!

1,021

Emas didagangkan susut pada hari Khamis apabila raja mata wang US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih kukuh membantutkan pergerakan logam berharga itu.

Pada sesi Asia, harga emas berlegar pada sekitar harga yang sama pada $1,956 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,957 per auns.

US dolar terus melanjutkan kenaikan lebih tinggi berbanding mata wang utama walaupun laporan minit mesyuarat FOMC terbaru menunjukkan perpecahan di kalangan penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Sebahagian penggubal dasar masih melihat keperluan untuk lebih banyak kenaikan manakala yang lain pula memilih untuk menghentikan pengetatan.

Gabenor Fed, Christopher Waller berkata bahawa walaupun kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat bulan Jun, tetapi kitaran pengetatan tidak mungkin ditamatkan.

Beliau berkata keputusan pada mesyuarat seterusnya akan bergantung kepada data ekonomi, terutamanya laporan perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Jumaat ini dan laporan inflasi pengguna (CPI) untuk bulan Mei sebelum FOMC.

Dalam pada itu, hasil bon AS 10 tahun turut memperpanjangkan pengukuhan dengan meningkat lebih jauh ke paras tertinggi dua bulan, sekali gus membantutkan dagangan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat