Emas Mendaki Semula, Apa Yang Terjadi?

2,067

Emas kembali meningkat setelah pengukuhan dolar greenback menyebabkan penjualan logam kuning itu yang membenamnya ke paras terendah satu bulan.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan stabil pada $,1762 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diperdagangkan pada $1,763 per auns.

Logam berharga itu pulih berikutan kebimbangan mengenai isu Evergrande yang telah menimbulkan ketidakpastian terhadap pasaran kewangan global.

Syarikat gergasi hartanah China itu berada di ambang kejatuhan setelah menanggung hutang $300 bilion, dan ini menyebabkan pelabur bimbang ia akan mempengaruhi pasaran kewangan secara meluas.

Sebagai aset selamat, daya tarikan terhadap emas kembali meningkat. Bagaimanapun, dengan dagangan US dolar yang terus kukuh, logam kuning itu terhalang dari menokok lebih tinggi.

Pengukuhan greenback telah disokong oleh jangkaan positif pasaran menjelang mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) minggu ini yang mengharapkan rancangan pengurangan pembelian bon akan dilakukan tahun ini.

Kenaikan harga emas turut dipengaruhi oleh penyusutan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menyusut ke tahap 1.30% pada sesi sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat