Emas ‘Menggila’ Di Posisi Tinggi, Konflik Iran & Komen Fed Jadi Punca Utama!

696

Emas mengurangkan keuntungan awalnya di bawah paras $2,435 pada Selasa selepas ulasan daripada Naib Presiden Pengawasan Federal Reserve (Fed), Michael Barr mencadangkan kadar faedah perlu dikekalkan pada paras semasa lebih lama untuk mendapatkan kembali inflasi menuju 2%.

Katanya lagi, Fed perlu mengalu-alukan polisi ketat lebih lama supaya kerja mereka lebih mudah. Dolar AS naik 0.1% selepas kata-katanya dan nilai emas alami pergerakan harga lebih rendah.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,430.23 iaitu naik sebanyak 0.20% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia awal pagi tadi.

Emas telah meningkat kepada paras tertinggi baharu sepanjang masa pada Isnin disebabkan oleh barometer risiko geopolitik meningkat berikutan ketegangan di Timur Tengah.

Harganya naik tinggi ke paras ATH baharu selepas berita berkenaan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan tokoh politik berprofil tinggi meninggal dalam nahas helikopter di utara negara itu pada hujung minggu lepas.

Senario itu meningkatkan lagi ketidaktentuan di rantau yang sudah bergelora dengan ketegangan akibat konflik Israel-Hamas.

Selain itu, gabungan kuasa dua negara gergasi iaitu Rusia dan China baru-baru ini semakin memberi gambaran jelas berkenaan perang dagang yang bakal memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kebebasan dunia. Ia juga mendorong harga emas untuk mengukuh.

Permintaan emas daripada negara-negara BRICS dan bank pusat oleh negara yang sedang pesat membangun naik ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai persediaan bagi perlindungan ancaman sekatan oleh Barat.

Logam kuning itu juga menyaksikan permintaan selepas pengumuman jangkaan Fed akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa yang agak tinggi untuk lebih lama. Ini adalah berita baik buat aset tradisional itu kerana mengurangkan kos peluang bagi pemegang emas.

Kenyataan itu berdasarkan data inflasi dan jualkan runcit yang lebih hambar untuk April pada minggu lepas. Walaupun pegawai Fed cuba mengelakkan berkenaan masa sesuai berlakunya pemotongan, pasaran meningkatkan ramalan sebanyak 65% akan berlaku pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat