Emas Muncul Tanda-Tanda Junam, Data Ekonomi AS Minggu Ini Buat Pelabur Tak Sabar!

1,284

Emas mencatatkan kenaikan hambar pada hujung minggu lepas sebelum ia meneruskan penurunannya dan peserta pasaran kini bersedia untuk menantikan keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS pada 1 Mei nanti.

Pada minggu lepas, data dari Amerika Syarikat menunjukkan GDP tersasar daripada jangkaan dan tolok pilihan Fed untuk inflasi iaitu Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) kekal tidak berganjak untuk dua bulan berturut-turut pada 2.8%.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,330.33 iaitu turun sebanyak 0.23% pada hari ini sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan pagi tadi.

Penurunan yang berlaku terhadap logam kuning terjadi disebabkan risiko pasaran agak tinggi dan memberi kesan kepada pergerakan harga. Hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan mata wang dolar AS turut melemah.

Sebelum ini, Fed dijangka mengekalkan kadar faedahnya berikutan kenyataan Jerome Powell di mana beliau berkata pendirian dasar monetari semasa adalah wajar kerana kekurangan kemajuan dalam menurunkan inflasi.

Selain itu, pasaran juga akan memperhatikan keluaran angka Nonfarm Payrolls AS (NFP) yang akan diterbitkan pada Jumaat ini.

Melihat dari sudut teknikal, harga emas masih berada pada kawasan harga yang positif iaitu atas $2,300 walaupun ia menunjukkan penyusutan sedikit sejak beberapa hari ini.

Pasaran kini menetapkan keuntungannya ke paras tertinggi 26 April iaitu $2,352 supaya mereka boleh kekal berharap untuk mencabar kedudukan yang lebih tinggi. Rintangan harga seterusnya diletakkan pada paras $2,400 diikuti ke paras $2,417 dan ATH semasa iaitu $2,431.

Jika sebaliknya, harga emas mungkin terhad ke paras terendah 23 April sekitar $2,229 diikuti oleh paras tertinggi 21 Mac lepas iaitu $2,222.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat