Emas Santai Di Atas $2,000, Minyak Mentah Diramal Meningkat

492

Berbicara mengenai pasaran komoditi, penyusutan semula nilai US dolar dalam pasaran semalam telah mendorong berlaku peningkatan harga pada dagangan emas dan juga minyak mentah.

Pelabur emas menilai sebagai perkembangan yang positif susulan logam kuning tersebut telah berjaya mencatatkan peningkatan untuk berlegar di atas paras $2,000 per auns semula.

Dengan penyusutan US dolar yang dijangka akan berterusan menuju penghujung minggu, akan membuka lebih besar ruang untuk emas melonjak lebih tinggi ketika pergerakan harga dilihat masih lagi perlahan sehingga ke awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Situasi ini adalah didorong oleh tumpuan pasaran terhadap data pertumbuhan ekonomi China yang diterbitkan semalam dengan bacaan yang lebih memberangsangkan berbanding ramalan.

Sentimen pasaran yang memulih telah memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven, manakala emas meningkat.

Selain itu juga, pemulihan ekonomi kedua terbesar di dunia itu turut memberi kesan positif pada pasaran minyak mentah global.

Permintaan terhadap minyak dijangka akan meningkat susulan China sebagai negara pengguna minyak terbesar memaparkan isyarat pertumbuhan ekonomi yang positif.

Harga minyak Brent sedikit meningkat ke paras $85 setong manakala minyak WTI pula meningkat ke sekitar $81 setong.

Penganalisis tidak menolak pasaran komoditi juga akan berkecamuk menjelang mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada awal Mei nanti.

Walaupun majoriti pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan dasar ataupun menamatkan pengetatan, namun sebarang kejutan boleh tercetus membawa bersama risiko ke dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat