Emas Sasarkan Harga Lebih Tinggi Lagi?

823

Logam kuning didagangkan menguat setelah naik lebih tinggi pada sesi New York, menembusi tahap ketinggian terbaru pada $2,055 per auns.

Namun, pada awal sesi Asia dagangan spot emas itu susut sedikit pada $2,040 sebelum kemudiannya diniagakan meningkat di sekitar harga $2,050 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, niaga hadapan emas pula diperdagangkan mengukuh di sekitar harga $2,052 per auns.

Data ADP menunjukkan kemerosotan dalam sektor pekerjaan swasta di Amerika Syarikat yang kembali dilemahkan oleh peningkatan kes baru Covid-19 di negara itu sehingga menyebabkan usaha pembukaan semula ekonomi terbantut.

Hal ini secara tidak langsung menambahkan kebimbangan pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada malam esok.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini menyatakan keyakinannya dalam temubual bersama Fox News bahawa pasaran akan diperlihatkan dengan angka yang besar dalam data pekerjaan NFP.

Bagaimanapun, dengan angka terbaru yang diterbitkan oleh ADP dan masih banyak kawasan yang terjejas akibat wabak Covid-19, ungkapan Presiden Trump itu mungkin hanya omongan kosong.

Permintaan terhadap safe-haven emas telah meningkat lebih 34% setakat tahun ini, diangkat oleh perlaksanaan langkah rangsangan oleh bank pusat dan peningkatan berterusan kes Covid-19 sehingga membawa jumlah terkini hampir 19 juta dengan kematian melebihi 700,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat