Emas Semakin Menjadi Kegilaan Sesiapa Sahaja yang Ada di Bumi!

48

Suatu ‘kejutan’ dalam pasaran telah menyebabkan kebanyakan pelabur menambah bilangan emas ke dalam portfolio mereka, menurut Majlis Emas Dunia.

Walaupun pelabur mempunyai pilihan lain yang kurang berisiko seperti bon kerajaan, namun instrumen itu telah dimonopoli oleh dasar kewangan tidak konvensional.

Keuntungan bon semakin rendah disebabkan permintaan yang bertambah. Apabila permintaan meningkat, harga bon turut meningkat. Jadi, keuntungan yang diperoleh bakal berkurangan.

Apa yang lebih menarik, harga emas telah melonjak 27% pada tahun ini, sekali gus mengatasi banyak komoditi lain termasuk S&P 500.

Pada Selasa lalu, lelongan Japenese 10-year bond merupakan yang paling lemah dalam tempoh 5 bulan sejak negara terbabit mengumumkan pakej rangsangan ekonomi.

Jadi, Majlis Emas Dunia yang menaja SPDR Gold Trust menafsirkan permintaan Bon Kerajaan Jepun yang rendah ini sebagai isyarat bahawa pelabur mula hilang keyakinan terhadap instrumen berkenaan. SPDR Gold Trust merupakan satu dana dagangan bursa terbesar di dunia yang didokong oleh emas. Penawaran bon hanya dilihat sebagai langkah ‘terdesak’ oleh bank-bank pusat untuk memulihkan kembali ekonomi global. Dalam situasi ini, pelabur lebih memilih emas untuk melindungi nilai portfolio mereka berbanding aset yang lain.

Baca pautan lain berkaitan dengan emas disini! 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat