Emas ‘Senyap’ Pada Paras Tertinggi, Mana Mahu Pergi Ha?

523

Pergerakan mendatar turut dilihat pada dagangan emas ketika jangkaan untuk kenaikan kadar faedah lebih perlahan memudar susulan data terbaru jualan runcit Amerika Syarikat.

Sesi Asia menyaksikan logam berharga itu didagangkan hampir tidak berubah pada sekitar harga $1,771 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,774 per auns.

Terbaharu, Jabatan Perdagangan mendedahkan jualan runcit AS melonjak melebihi jangkaan pada bulan lalu dengan kenaikan 1.3% berbanding 1.0% yang diramalkan pasaran.

Ini secara tidak langsung menjejaskan harapan pelabur bahawa inflasi sedang menurun dan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) akan diperlahankan.

Malah, ketegangan geopolitik yang dibimbangi pelabur telah pudar selepas Presiden AS Joe Biden memberitahu sekutu G7 dan NATO bahawa peluru berpandu yang menghentam Poland berkemungkinan daripada Ukraine.

Pun begitu, logam kuning itu masih didagangkan pada paras ketinggian 3 bulan dengan US dolar kekal berada pada sekitar paras terendah.

Harga emas melonjak ketara sejak dua minggu lalu apabila US dolar menyusut berikutan jangkaan Fed yang kurang hawkish, terutamanya selepas data inflasi AS yang lebih lemah daripada ramalan menunjukkan tekanan harga yang berkurangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat