Emas Steady, Pelabur Hati-hati

397

Dagangan emas sedikit berubah pada Selasa, ketika US dolar turut memaparkan kekuatan pada sesi Asia, namun masih didagangkan rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Memasuki sesi Eropah, spot emas sedikit meningkat pada $1,782 per auns, masih lagi bergerak di sekitar paras harga yang sama pada Isnin.

Pada sesi New York sebelum ini, dapat diperhatikan bahawa dagangan emas mempamerkan penurunan ketara ke sekitar harga $1,768 sebelum kembali pulih ke harga $1,780.

Penurunan ini didorong oleh dagangan US dolar yang sedikit menguat susulan kenaikan yang dipamerkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun kepada hampir 1.6%.

Bagaimanapun, hasil bon kembali susut dan menyebabkan pergerakan harga bagi matawang USD kembali terbatas.

Pasaran dilihat lebih berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC yang akan diadakan pada minggu ini, di samping turut terkesan dengan sentimen pasaran yang tidak menentu berikutan lonjakan semula kes coronavirus di Asia.

Situasi Covid-19 di Jepun dan India telah menyebabkan prospek terhadap pemulihan global semakin suram. Jepun mengisytiharkan darurat ketiga di Tokyo, Osaka dan dua wilayah lain untuk membendung penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat