Emas Tak Jadi Naik Lebih Tinggi, Apa Hal Ni?

1,496

Dagangan emas susut semula selepas hasil perbendaharaan kembali membuat peningkatan lebih tinggi di tengah kebimbangan yang semakin mereda terhadap varian Omicron.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan sedikit menyusut di sekitar harga $1,782 per auns, susut dari tahap tertinggi satu minggu yang dicapainya pada sesi sebelum ini pada $1,793.

Hasil bon AS 10 tahun pula menokok lebih tinggi pada tahap 1.52%, mengurangkan daya tarikan untuk memegang aset berharga emas itu.

Pembuat vaksin Pfizer dan BioNTech mengatakan tiga suntikan vaksin Covid-19 mereka mampu meneutralkan varian Omicron dalam ujian makmal, memberi isyarat awal bahawa suntikan penggalak boleh menjadi kunci kepada perlindungan daripada strain baharu ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, beberapa negara di Eropah telah memperketatkan lagi langkah sekatan susulan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, membuatkan dagangan emas terkepit di tengah-tengah antara ketidakpastian ini.

Pada minggu ini, emas terus berlegar di sekitar harga yang sama, sementara menantikan petunjuk baharu daripada data inflasi AS sebelum mesyuarat polisi FOMC minggu depan.

Data inflasi AS pada Jumaat akan menjadi penentu seterusnya buat dagangan logam kuning emas mempamerkan pergerakan lebih agresif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat