Emas Tak Kuat Nak Naik Lebih Tinggi

1,322

Emas didagangkan sedikit lebih tinggi pada sesi Asia, dibantu oleh penyusutan US dolar dan hasil perbendaharaan AS ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Ketika penulisan, harga emas mencatat kenaikan sederhana pada $1,798 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan positif pada $1,800 per auns. Bagaimanapun, masih tidak berjaya menembusi paras harga $1,800.

Walaupun meningkat, namun dagangan logam berharga itu berada di landasan untuk penurunan mingguan pertamanya setelah meningkat selama empat minggu berturut-turut, dengan penyusutan 1.6% minggu ini.

Dagangan US dolar merosot berikutan penurunan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang jatuh ke tahap 1.28% selepas lelongan nota perbendaharaan 30 tahun yang mengecewakan semalam.

Sementara itu, data tuntutan pengangguran terus menunjukkan pengurangan pada minggu lalu, dengan jatuh ke tahap terendah sejak pertengahan Mac 2020. Ini memberi indikasi bahawa pertumbuhan pekerjaan terhalang oleh kekurangan tenaga kerja dan bukannya permintaan pekerja yang berkurang.

Dalam pada itu, Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan kadar pembelian bon kecemasan (PEPP) yang lebih perlahan pada suku akan datang, yang dilihat bukan sebagai pengurangan (tapering) rangsangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat