Emas Tak Menentu, Lepas Naik Tinggi Terus Jatuh!

392

Harga emas kembali merosot berikutan kebangkitan semula US dolar yang disokong oleh kenyataan hawkish beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Logam kuning itu pada mulanya meraih keuntungan dengan melonjak menghampiri puncak tertinggi 8 bulan pada $1,925 per auns susulan data ekonomi Amerika Syarikat yang menyuramkan.

Indeks harga pengeluar (PPI) mengesahkan bahawa inflasi benar-benar berada di landasan untuk penurunan, sementara kejatuhan jualan runcit AS kembali mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan.

Namun, harga emas kembali menghapuskan keuntungan dengan ketara tidak lama selepas itu apabila US dolar memaparkan kenaikan semula.

Pada sesi Asia, emas didagangkan suram pada sekitar paras harga $1,901 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lemah pada 1,902 per auns.

USD mendapat sokongan daripada kenyataan beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang menawarkan kenyataan berbaur hawkish pada sesi New York.

James Bullard mengatakan kadar faedah perlu terus meningkat untuk memastikan tekanan inflasi berkurangan, manakala Esther George pula berkata Fed mesti memulihkan kestabilan harga ke sasaran inflasi 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat