Emas Terkandas Di Paras Terendah Menjelang Penghujung Minggu!

2,067

Pengukuhan US dolar di tengah-tengah jangkaan pengetatan monetari oleh bank pusat utama terus mendorong logam kuning emas lebih rendah ke bawah paras harga $1,830 menjelang penghujung minggu.

Pada sesi Asia, emas didagangkan lemah di paras terendah terbaharu tiga bulan pada $1,824 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,823 per auns.

Data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini telah menunjukkan inflasi semakin perlahan tetapi kekal di paras tertinggi.

Ini sekali gus mengurangkan permintaan terhadap emas yang dianggap sebagai lindung nilai inflasi dan memberi manfaat buat dolar greenback untuk lebih kuat memandangkan Federal Reserve (Fed) terus komited menaikkan kadar faedahnya.

Pengerusi Jerome Powell mengakui bahawa usaha untuk mengawal inflasi akan menjejaskan beberapa pihak disebabkan kesan kadar faedah yang lebih tinggi. Namun, ekonomi akan menanggung akibat lebih buruk jika inflasi terus meningkat jauh.

Kebanyakan bank pusat utama lain juga telah membuka jalan untuk melaksanakan pengetatan, terutamanya Bank Pusat Eropah (ECB) yang sejak akhir-akhir ini sering memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Julai.

Walaupun dilihat sebagai lindung nilai inflasi, emas lebih sensitif kepada peningkatan kadar faedah oleh bank pusat utama dan kenaikan hasil bon AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat