Emas Teruskan Pergerakan Hambarnya, Konflik Timur Tengah Bantu Bertahan?

431

Harga emas dilihat masih bertahan di atas kawasan $2,020 sejak minggu lepas pada sesi pembukaan dagangan Asia pagi tadi. Ketegangan yang semakin melarat di Timur Tengah telah meningkatkan permintaan emas dan menyokong pengukuhannya.

Para pelabur akan disajikan dengan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi Khamis yang dijangka akan mengekalkan kadar pada 5.25% hingga 5.50%.

Buat masa sekarang, emas didagangkan pada $2,024 dengan kenaikan 0.30% sejak pembukaan hari ini.

Selain itu, Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Disember naik kepada 0.2% untuk bulanan dan 2.6% pada tahunan. Manakala, data PCE Teras tidak termasuk tenaga dan makanan turut meningkat 2.9% setiap tahun iaitu lebih rendah daripada bulan November iaitu 3.2%.

Tolok PCE Teras mencatatkan paras terendah sejak Mac 2021.

Kini, pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menetapkan kadar pada mesyuarat Januari minggu ini. Para pelabur akan mengambil lebih banyak petunjuk daripada mesyuarat itu.

Jika ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell yang memberikan petunjuk berkemungkinan penurunan kadar pada Mac, ini akan memberikan kesan pergerakan yang lebih ketara terhadap mata wang dolar AS.

Melihat ke arah konflik Timur Tengah pula, dilaporkan tiga tentera AS terbunuh dan puluhan cedera selepas serangan dron udara di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria.

Ketegangan yang semakin meningkat mungkin akan menjadi faktor bagi terus membantu harga emas untuk stabil.

Mesyuarat FOMC  akan menjadi tumpuan penting sebelum menyusul keputusan kadar faedah Bank of England (BoE) pada Khamis. Acara ini akan memberikan arah yang jelas pada harga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat