Emas Tinggi Dilambung NFP!

1,230

Harga emas didagangkan stabil pada hari Isnin selepas melonjak ke paras tertinggi dua setengah bulan susulan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang mengecewakan.

Pada awal sesi Eropah, spot emas menguat pada $1,827 per auns, susut sedikit dari tahap tertinggi yang dicapainya pada akhir minggu pada $1,833 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,829 per auns.

Penciptaan pekerjaan di AS merosot ketara pada bulan Ogos, dengan hanya 235,000 pekerjaan ditambah daripada 943,000 yang direkodkan pada Julai, dan juga meleset dari jangkaan untuk meningkat sebanyak 720,000.

Walaupun begitu, kadar pengangguran menepati unjuran pasaran dengan turun kepada 5.2% pada bulan lalu daripada 5.4% yang dicatatkan sebelumnya.

Bacaan yang kurang memberangsangkan ini menyebabkan pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan pengumuman untuk pengurangan pembelian bon mereka pada mesyuarat polisi bulan ini yang berlangsung pada 22 September .

Anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pastinya akan menilai data yang dikeluarkan pada Ogos sebelum menentukan sama ada pasaran pekerjaan cukup untuk menyokong faktor pengurangan.

Pengerusi Jerome Powell memberi isyarat pada bulan lalu bahawa mencapai pekerjaan penuh adalah prasyarat bagi bank pusat untuk memulakan pengurangan pembelian bonnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat